Nufnang Me

Monday, November 23, 2015

Haris Firdaus : 4 months old

Alhamdulilah my little Haris dah almost 4 months old (this coming Friday checkup 4 months). so far haris ni budak yang tak banyak ragam sgt, nangis sebab susu takpon terkejut dengan kakak sepupunya.. orgnye lembut budi bahasa haa..walaupun belum berbahasa.. ni neneknye yg ckp, hehe..

Badan Haris pun semangat, kalau jalan beli barang, g makan ke or bawak g mane2 pun ade je yg baik hati tolong jagakan sebab ketomelannya..haha.. syukur.. until now dia still tak memilih nak dengan sapa2..semua suka aje.. hehe.. asalkan dukung bawak jenjalan..

Haris masa checkup 3 bulan, beratnye 7.25 kg..nak masuk 4 bulan ni rasanya 8kg kot, badan mcm budak 8 bulan.. baju pun sendat2 da.. stokin pun xle pakai stokin baby, sian kaki berbekas sebab sempit.. (nak buek mcm mano, dah mamanye tinggi, abahnye besau..mane tak menjadi2.. huaa.. hehe, yg penting haris sihat!!)

Aku kena listkan apa Haris suka/xsuke buat lately, haha..

*  Haris tak suka menyusu dalam kereta, dia suka tengok tepi, sanggup la mendongak2 haa.. mmg indah sungguh dunia ye sayang

* Haris sgt senang kalau nak bawak g makan buffet or hotel.. bila kite makan dia duduk je dalam stroller sambil tengok2 kite.. tak de la meragam nak dukung.. tapi adakalanya aku bf je dia masa tgh makan, kesiann.. org makan, dia x makan.. hehe

* Haris suka senyum bila org agah dia especially dgn mama dia.. hehe..

* Haris kentut kuat!!! mcm abahnye!!

* Haris dah pandai pegang mainan n bunyikan loceng (mainan yg mcm dumbel tu, jenuh le cari xjupe, pinjam sepupu punye aje la). seronok tgok beria je dia angkat tangan n bunyikan, haha.. mesti dia taksub kan dgn kebolehan sendiri

* Haris suka angkat kaki pastu lepas hempas ke tilam

* Haris suka hisap jari

* Haris banyak keluar air liurrrr.. haha..

* Haris pandai membebel da dlm bahasa dia, pernah satu masa aku ni lama sgt kat tmpt baju baby, sampai haris pun hummer hummerrrrrr gtu la sebutannya, haha..

* Haris suka org bercakap dengan dia

* Haris menanngis dengan sangat kuat bila dia lapar sgt nak susu.. (mmg takut ni)

* Haris tak suka susu EBM yang ade bau (minum n selalu tak habiskan) meaning dia nak yg fresh atau gap 1 hari aje.. huaaa..

* Haris belum mahir lagi golekkan badan n meniarap, rasa sebab faktor berat badan kot..haha, tapi selalu baby yg dah golek n niarap berat badan pun makin menyusut kannn.. wahh,. xmo xmo. xpuas lagi main dengan peha harissss...

* Haris suka termenung, ahahaaa.. mcm mama dia..

* so far org keliling cakap muke mcm muka abahnye, anak bapak, dah jenis darah pun darah abahnye, hehe.. tapi jgn la panas dgn mama ye.. hihi..

Itu je yang aku ingat buat setakat ni, hehe


Mama and abah harap Haris membesar jadi anak yang soleh dan sihat sentiasa!! Keep cool and say hummerr hummerrr...



Jaundis. tiroid dan luka bersalin


Assalamualaikum

Sekarang dah jadi mak mak.. cerita pun pasal anak la kan.. hehe, klise sgt.. hihi. Aku pun selalu google psl perkembangan baby lain..pasal checkup..psl penyusuan.. still breastfeed cume bile dah masuk kerja, sebab x cukup perah, petang2 mak ai topup dengan susu formula.. (ade 2 susu yg digunakan, mule2 dulu lactogen, pastu NAN).. walaupun sedih kena topup tak pelah, kesian menangis nak air.. (bunyi tangisan haris pun ala2 sebut air jeh..haaa haru). Kdg2 husband pun bile tgok ai xlarat nak bagi susu da, dia buatkan susu formula, sebab haris firdaus ni kuat menyusu, kalau aku ade kt rumah, mengempeng je la..haha.. rasanya, kalau la aku tak koje, inshaaAllah xpyh beli susu tepung da.. hihu.. anak pertama, lots of things perlu belajar..

Actually masa haris mule2 lahir lagi hospital dah bagi FM sebab haris kena tahan kat wad pasal lahir after 24 hours pecah ketuban, takut risiko infection… dan aku pulak mmg x sedar diri, penat sangatttttt… mmg penat beranak, dengan lenguh kaki, tangan..dengan takut dengan jahitan luka kat bawah tu.. mcm2 difikiran.. so second day baru g jenguk baby kat wad n try bagi susu. Haris firdaus mmg pandai menghisap..tau aje mencari walaupun mata dorang belum nampak lagi kannnn.. tapi tak tahu lagi la mase tu ade susu tak tapi mcm elok je dia menyusu, aku rs ade la tu.. (plus, masa 5 bulan pregnant, breast dah mule menitik2 dgn susu).

Alhamdulilah haris tak de infection, Cuma ade kuning.. sebab darah baby B+, darah mummynye ni O so mmg risiko tinggi la untuk jaundis, then nurse terus bogelkan haris, tutup mata dia n letak bawah lampu..huaa.. dorg letak terus bwh lampu before bacaan tinggi.. sedih tgok.. badan haris pun merngerekot je mcm dalam perut, sejuk kot.. huhu. So tinggallah haris kat ctu, iols pulak dibenarkan balik, tak selesa nak duduk hospital, dgn makanan pun ntah pa pe dorg bagi, spaghetti bagai..pe pun thank you my hubby belikan makanan..

Yang uniknya anak aku ni among baby2 yg lain kt ctu kan.. asal kami dtg jenguk je mate dia mmg terbukak.. baby2 lain semua tdo..tdo x sedar diri.. haris pula terkebil2.. haha. Comellllllll bangat (wajib puji anak sendiri ok, hehe). Mmg sesuai dgn nama awak.. pelindung, penjaga.. itu ler mata selalu berjaga.. hikhik

Keesokan harinya dating lagi jenguk haris, nurse dah bagi bawak haris keluar sebab bacaan dah ok, and nanti ade JM (Jururawat masyarakat) dtg rumah setiap hari check anak.. masa JM dtg tu la, JM perasan haris makin kuning, so pergilah bahagian kecemasan Hospital Tampin, nak check kuning ni, kena mbik darah tau, huhu.. syukurlah haris x nngis masa doc cucuk ambik darah kat kaki)..pada masa ni, aku ni pantang mcm tak pantang sebab asyik keluar masuk kereta g hospital..huhu..

Petua nak kasi kuning turun, susukan n susukan..supaya dia kerap kncing n yakyak.. tetapi haris ni sgt la susah nak bangun, buatlah ape sahaja..mmg xnak bngun, smpai rs bengkak susu..huhu. haiii mmg betollah budak jaundis ni sgt kuat tdo..tdo mati pulak tu.. hehe..

Then after 7-9 days gtu, kuning haris dah okay n stabil.. tali pusat haris pun tanggal hari ke-9.. dan akikah haris yg pertama pun dibuat on 5th day.. see..mmg iols tak byk rehat, asyik gerak je..huhu

Lepas kuning dah setel,  dlm minggu ke-2 pastu ade pulak dpt panggilan dari Hospital Pilah, katenye bacaan tiroid haris daripada tali pusat ade masalah, tinggi sgt.. pulakkk (kalau tinggi kena ambik ubat sebab bacaan tiroid tinggi affect pertumbuhan n perkembangan otak) ..so kena bawak haris ke hosp.pilah untuk buat second checkup, cucuk ambik darah (AGAIN…. ).. hosp. ni jauh.. dlm 1 jam dr rumah, mmg sedari kecik lagi haris sudah biasa travel ke sana sini (termasuk naik flight balik Sarawak, pada umur 28 hari, hehe). Untuk ambik darah check tiroid ni, dorng cucuk kat tangan, waduhhhh.. mmg kuat haris nangis (masa lahir pun x nngis mcm tu), aku pulak rs nak nngis bile tgok tangan haris..kecik je tp dah kena cucuk.. kdg2 rs bersalah pun ade, mule lah pk aku ni salah diet ke ms pregnant, huhu. Lagi la sedih bile ingat mcm tu. . mmg emosi aku terganggu mase ni..

Utk second bacaan pun, tiroid still tinggi, so doc suggest buat third test, ambik darah lagiiiiiii.. so kuar lah kami pada hari ke-21 bawak haris lg p hospital.. harap2 third test ni bacaan ok.. doc kate still ade harapan utk turun sebab dorg tgok bacaan tak stabil.kalau stabil mmg dorg terus start ubat da.. and again haris nngis lagi, mmg kalau cucuk kt tgn haris nngis..sakit sgt tu.. huhu. *tears*. 


Luka bersalin

 
Actually pd hari tu jugak iols g klinik kesihatan tampin, check luka bawah, mmg dah lm nak check sebab dalam hari ke-9,10.. iols jupe simpulan benang, waaa..lagi la neves pk jahitan terbukak ke.. huuu.. bile check kat KK Tampin, betullah jahitan terbukak awal, sebab aku ni lasak sgt.. huhu (memang.. sebab mule2 berpantang dgn mak, mak pun tak mahir nak jaga, first time anaknye bersalin, pastu ulang alik kuar masuk kete g hospital..mmg x berbaring lgsg..huhu). bila dah terbukak tu, mmg iols takuttttt kot kena jahit balik.. huwaaaaa… then doctor said..rileks, luka dalam dah ok,elok, tinggal luka luar je ni..inshaAllah boleh sembuh sndri but takes time.. just sapu ubat kuning je n lap kering2 utk elak jangkitan. N jgn gune air suam utk basuh, guna air paip biasa, kalau suam ni urat kembang, lmbt nak baik. Uhuk2.. sejuk kot, pe pun iols still cuci dgn air suam + garam sbb lagi selesa.. 

doc juge pesan jalan kepit2.. sebab aku belum start berbengkung lagi.. so pengajarannya, berbengkung lah terus after bersalin, bukan sahaja baik utk mengempiskan perut tapi baik utk cepat sembuhkan jahitan bawah itu.. ok!!! Lesson learned. 

And pada hari ke-46, iols check lagi kt Hospital Umum Kuching, matren kate alhamdulilah luka dah okay, Cuma tinggal hujung guntingan tu je nak baik (sebab itu kdg2 rs gatal, ngilu).. so nak cepat baik buat sitz bath (air garam rendaman, elok utk buasir jugak sbnarnye). Dan after a week, iols dah selesa berjalan.. agak lambt jugak progress iols sbnarnye..org lain 2 mnggu dah jalan molek…hihi. Tapi smpai skrg takut nk mencangkung n bersila.. fobia tak hilang lagi, kuang2..


p/s: Dan berbalik pada keputusan bacaan tiroid haris, alhamdulilah bacaan ketiga tiroid, normallll!! Syukur sgt, smpai aku confirm berkali2 dgn nurse yg call tu.. rs lega sgttt, anak mama sihat.. alhamdulilah.. syukur..



 

Saturday, August 29, 2015

Pengalaman bersalin - My little caliph Haris Firdaus

Alhamdulilah, my little hero selamat dilahirkan ke dunia pada 27 Julai 2015.. sempat raya dan sy tamat puasaaa..hihi (oh ye, tarikh bsalin mmg mengikut tarikh jangkaan, hehe..pandai anak mama ni) di Hospital Kuala Pilah. Sehari sebelum bersalin tu sempat lagi pergi tengok wayang and makan ayam panggang,, hurm.. dan sempat melawat ke hospital tersebut.. mcm tahu tahu aje.. dan pada tengah malam tu, air ketuban pecah, masa tidut tu tetiba rasa banjir derr.. basah seluar.. husband n mak pe lagi terus siap2 hantar g hospital..

sampai hospital dalam pukul 2 pagi, kena check air ketuban, check contraction, scan baby.. dan doctor cakap 'you kena bersalin dalam masa 24 jam sebab ur air ketuban dah leaking'..okay, buat perkiraan kiranya esok hari Isnin mmg kena deliver..kalau tak nanti takut infection terhadap ibu n anak. kalau dalam masa 24 jam tak bersalin, then kami akan masukkan ubat cecair untuk cepatkan kontraksi' (oh, ini maksudnye kena paksa bersalin.. pernah dgr yang ubat cecair ni sgt sakit berbanding induce kat jalan bawah tu). So, dalam pukul 4 lebih baru masuk ward, tukar uniform baju pink.. tetapi mmg tak selesa la.. rasa basah je sentiasa.. dan mula keluar darah sikit-sikit. tapi masa tu perut tak sakit lagi.. masih boleh senyum gelak cuma rasa sgt tak selesa sebab air ketuban asyik keluar..

perasaan pd masa tu? macam tak percaya.. dah nak beranak ke aku ni, haha. masih lagi tak nk pk sakit bersalin mcm mn..tak mau..tak mau (takut sebenarnye), haha.. thanks to my laling husband yang temankan saya, dok hotel, ulang alik beli brang saya, sentiasa ada pada masa melawat, I love you lahhhhh.. hihi.

dah masuk ward tadi, setiap masa akan ade la rombongan MO dan HO datang check patients, haha. dan setiap sela masa juga la de nurse yang dtg check tekanan darah dan check degupan jantung baby.. mmg saya tak dpt nak rehat n tidur sgt lah.. tak de privasi ye jugak, biasalah hosp gomen tapi yg bestnye hospital ni, masa saya deliver tak de doktor lelaki pun terlibat, tak perlu request nak doktor perempuan, mmg dorg bagi MO/HO perempuan handle kite..

seharian kat ward mmg saya tak rs kontraksi lagi, mmg dalam kepala dah pk da aku ni mmg nak kena masukkan ubat cecair tu baru nak beranak.. dan ptg Ahad tu pun, keluarga mertua dtg melawat, still okay lagi, boleh layan..sehinggalah malam dalam 12 tengah malam, tepat 24 jam, dah mula rs contraction, selang 15 minit, 10 minit dan 5 minit.. sakit mcm awal-awal nak period.. dan masa tu juga saya dah di drip kan dengan antibiotik sebab dan lebih 24 jam tak beranak lagi, so takut any infection, dorang masukkan la antibiotik.. tak bestnye bile tangan kena drip... tak bebas.. huhu..

sampai la pagi esoknya.. sebelum subuh tu nurse dah pesan suh mandi siap2..nanti pukul 7am doktor nak dtg n check.. kalau ade bukaan terus masuk wad bersalin.. huwaaa.. hatiku mmg dah neves da tapi pd masa yang sama tak sabar juge, haha. penat da duduk hospital haaa..  lepas mandi n solat, husband pun dtg, sempat makan lagi sampaila nurse panggil, dalam pukul 7.00 lebih tu masuk bilik doktor, doktor check bukaan dah 3 cm, huwaa.. masa doc tu selukkkkkk waduh sakitnyeee.. mmg agak kasar la.. first time kena seluk, mmg dah siap tarik nafas bagai tapi bile kena seluk, mmg terangkat punggung ni haaa.. fuhhh..

dan lepas tu terus masuk wad bersalin, kena jugak bersalin sebab dah lebih 24 jam walaupun bukaan baru 3cm. masuk-masuk je wad bersalin, aku ni diletakkan di sebelah sorang wanita yang tengah sakit sakit sakitttt..siap mnejerit2.. pe perasaan aku?? mcm culture shock, baru nak bertenang, mmg takut tengok dia terpekik mcm tu, sakit sgt ke?? innocent nyeh aku, haha..

to make it short, aku start sakit jam 12.00 tengah hari, dan makin kerap dan lamaaaaaa.. mmg sakit sampai rs nak terangkat bangun, bile baring makin sakit rase.. masa aku tgh sakit tu, time lunch hour, so mmg xde org sgt, ade la 2-3 org nurse n de sorang doctor yang selalu monitor aku dtg.. bile dah sakit sgt tu, mmg aku pun dah mule pasang speaker. haha.. nurse..nurse.. sakit..sakit.... tu je la aku dpt gtau.. sebelum tu aku mmg amalkan zikir, sebut Allah, kawal pernafasan, mmg alhamdulilah mmbantuuuu..sampai kering tekak. tapi pada saat saat akhir tu mmg xdpt da nak sebut ape da..melainkan sakit..sakit.. huhu. bile teringat rs sayu pulak, haha.

masa sakit tu, org kate genggam la kat sisi katil, tetapi katil itu tidak ade besi penghadang untuk digenggam, dan pada masa yg sama kedua-dua tangan saya di drip dengan antibiotik dan satu lagi dengan ubat cecair bagi cepat kecutkan rahim.. mmg tak bebas nak gerak.. masa sakit tu, sebab tak de pe nak digenggam, saya genggam tangan doktor, haha... mmg tak lepas, bile aku buka mata tgok doktor tu, dia sedap tidur daaaa.. hehe.. padahal bukan main kuat aku genggam, terima kasihhhhh sgt sebab temankan sayaaaa.. mase tu rs terharu sgt kat doktor tu, mmg bila masa sakit kontraksi kena ade seorang temankan kat sebelah, its helps mengurangkan sakit.. hehe..

 * hospital pilah ni husband friendly, husb boleh masuk itu pun semasa kepala anak dah nampak kat bawah tu, hehe..

so pukul 12 tghari start sakit, then doc check bukaan masih 4cm, mmg progress lamabt so dorang naikkan dos ubat.. selepas itu mmg wowwww..sakitttt... next check bukaan 3.30pm, aku masa tu mmg rs harh?? 3.30.. masa terasa agak lama, pukul 1 lbih aku dah mamai.. dah jerit ckit sakit sakit.. dah rs nak berak.. doktor pun cucuk ubat tahan sakit.. tetapi ubat tahan sakit tu tak berkesan punnn.. ia buat kite rs mengantuk, tapi bila sakit tu dtg, tgh mamai tidur pun leh terjaga.. tak boleh nak dilawannn.. pukul 2 lbih, kaki iols dah berlingkaran.. mmg tak tahan..siap request, nurse saya nak bangun, saya nk berdiri, tak tahan, nak berak.. haha.. aku mmg rs mcm nak berak masa tu, tapi tak sangka pulak nak beranak da rupeye.. mmg mse tu aku tekankan suara aku cakap doc saya nak teran... sy nak terannnnnn... nurse semua gelabah da.. haha. 2 org doktor dtg dah ready dgn brg... mase aku ckp nak terannnn tu..mmg gelabah la dorg check bukaan, tgok2 dah fully open.. naaaaaaaa.. teran teran teran,, x keluar.. doc dah bimbang da sejam setengah teran tak keluar ape.. bile aku dgr sejam setengah, aku dah rs mcm arh? dah sejam lebih ke aku teran, rs mcm baru 15 minit gtu,haha.. mamai lg kot aku ni.. dah saat saat akhir, tepat jam 4.00 pm, mase tu husband pun dah masuk, tq husbnad tlg pangku saya, and bacakan doa2.. ayg dgr abg bg support.. terharuuu..haha.. sebab terharu tu terus keluar baby Haris bulat seberat 3.74kg, perghhh.. patulah jenuh mama teran tak keluar.. hehe..

time jahit pulak?? sakit mmg sakit, rs jarum tu cucuk daging tapi sebab rs lega sakit perut dah hilangggg, sakit nak berak dah tak mendesak, aku tak kesahhhh.. hehe..  dalam pukul 6 lbih masuk bilik, 2 jam lebih jugak la dorg bersihkan saya, buang darah kotor dlm perut, boleh rs dorg tekan tekan perut ni.. dah lepas tu, dorg bagi susukan baby, alahai anak mama dah pandai hisapppp.. geram nengok tapi baby kena masuk ward kanak-kanak kena pantau takut ade infection sebab dah lebih 24 jam air ketuban bocor kan..

so semua dah ok.. this time baru leh masuk bilik 2A, first class share 2 org, legaaa.. ade la privasi, iols gune GL husband.. hihi..

panjang nyeee saya menulis, haha,, haru hargai masa emas yg ade ni, baby haris tengah bermain dengan mak usunye.. hihi,

take care semua!



Tuesday, July 7, 2015

Minggu ke-37!! 'Tunggu hari' month

Assalamualaikum, sedar tak sedar dah 20 Ramadhan kita semua berpuasa.. Alhamdulilah sehingga hari ini Allah berikan kekuatan dan kemampuan untuk saya berpuasa dengan si kecik dalam perut ni. hehe.. third week of Ramadhan saya menjengah ke 9 bulan.. how fast time flies kan.. Alhmdulilah, alhamdulilah.. semoga baby dipermudahkan kelahiran, sempurna sifat dan akhlak dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Sejak masuk Ramadhan ni, baby sangat la aktif, even last checkup heartbeat dalam 150++ berbanding sebelum puasa dalam 140+.. awak suka puasa ye, hehe. dari sahur dah mula da menyondol2 kepala, kaki.. kadang2 bagi sepakan padu, haha.. sakit ngilu tapi bila baby gerak saya rs syukur.. tak kisahla sakit ke ngilu ke.. hihi. sometimes, boleh rasa la kaki si kecik ni park kat atas perut ni, haha.. nampak je terbonjol ckit kat ctu, geram tgok.. hehe. moreover, skrg, kalau baby tak gerak, saya tepuk2 kat bawah perut ni, then baby respon tau.. terasa lagi la kaki or tangannya menyondol kat perut ni.. pandai ye syg bagi respon, haha. bijak awak ni!tapi bila menjelang petang nak berbuka, baby senyap da.. haha.. iols pun senyap je, sebab tak larat daaa.. haha.  =)


last checkup 9 bulan hari tu, doc scan n bagitahu baby dah 3.0 kg.. waaa..saya membawa 3kg ni ke hulur hilir.. alhamdulilah still larat lagi berjalan2 (mmg dasar kaki jalan) cuma jalannye slow motion la, sebab cepat mengah n penat kalau laju2..perut pun mngeras.. so kita jalan la perlahan-lahan ye. bahagian bawah pun dah mula sakit-sakit n rs berat.. kaki pun bila pijak lantai rs bengkak aje.. tapi alah bisa tegal biasa.. sekarang dah mula nk sesuaikan n biasakan diri.. lagi 20 hari nak menuju ke EDD (27/07/2015).. harap-harap tak overdue ye syg.. tapi kalau keluar masa 1 syawal, haaaa..tak dapat la iols nak makan juadah raya.. sob..sob..hahaha..


untuk persediaan bersalin, nurse n doc pun dah tanya nak bersalin kat mana, saya jawab hospital tampin, so doc suggest cuti awal la. kite tak tahu kan bila nk bersalin, tapi kalau tak sempat balik tampin, awak bersalin kat sekitar sini je la ye.. haha.. gtu pesan doc.. so sy dah apply cuti bersalin pada 20 Julai 2015, awal seminggu (saya dimaklumkan cuti bersalin boleh apply 2 minggu sebelum EDD kita) tp perlu disertakan dengan lampiran pengesahan daripada doktor kerajaan/swasta. My mum dari kuching pun inshaaAllah dtg cni hujung minggu ni, as I already applied for cuti raya start 13-16 Julai.. tapi tak diapprove lg, biasalah hrmis kan.. so this week last la iols bertapak di jabatan sementara ini, hopefully..... hihu. actually tak larat da nak drive hadap jammed kat bangi ni.. huhu. plus, duduk jabatan sementara ni pun tak de pa pe tugas..so iols rs better cuti je la.. drpd membuang minyak dan tenaga drive g n balik kerja. sebulan nak dekat RM300 jugak tu.. (sape la yg ckp sebulan rm132 tu mmg tak logik la melainkan ko naik moto hari2)


Perasaan nak bersalin?? huhu.. tak tahulah nak kabo ca ne.. rasa mcm tak nak rase pa pe, xnak fikir lebih2 (walaupun skrg mcm2 isu psl bersalin ni, dgn epidural, ubat tahan sakit..huhu.. why semua isu naik masa iols tgh tunggu hari ni?) hurm..so tetapkan fikiran tak nak pk, kite doa n minta pada Allah dipermudahkan semua.. kena yakin.. lain org lain pengalaman (lately saya suke mengoogle padal pengalaman bersalin, ade la tips dari ctu.. pasal nak teran, pasal kontraksi, pasal nurse, doktor.. hihu) Harap2 bila masa saya bersalin nanti, semua baik-baik aje.. doakan.. Amin, =)


jantina baby dah tahu lama daaa.. haha.. baby dengan tidak penyegan dan  penyilu suka sgt tunjuk ye. haha. lucu betol. persiapan semua alhmdulilah so far, bolehlah.. cuma barang2 ade kat husband n ada sikit pd saya, haha.. dah name long distance husband and wife.. haha. brg pun half sana half cni..

sambutan raya pun iols tak beli baju raya, tdg raya kasut raya..haha.. mmg rs tak beraya.. memikirkan perut kedepan gni, nak bergaya pun rs malas, hehe... tgh pk bila nak bersalin je. itu paling penting, harap2 puasa saya tamat tahun ni ye. hihi.. hoye~



dan buat pertama kali, sy raya di semenanjung, tak balik Kuching.. ahaha.. dan famili kat kuching pun beraya dengan daddy n sesama mereka memandangkan my mommy akan beraya di sini bersama saya. hihi. =)


ok, till then..  salam ramadhan!!!!













Tuesday, June 23, 2015

Prosedur tuntutan tesis MyBrain15..claim..claim

Lagi mahu update mengenai claim tesis ni.. aku agak terlambat untuk claim ni atas beberapa faktor.. lepas grad, busy pindah rumah, pastu alahan 4 bulan pregnant, kemudian kerja yg banyak, xde masa nak settle kan dokumen-dokumen (walhal tak de la banyak mana dokumen yang diperlukan).. hehe


Terbuka rs nak uruskan pasal ni bila nak pindah negeri, bila lagi nak uruskan,haa tengok, bila ade desakan je baru la nak settle kan benda-benda gni, hehe.. so first yang perlu dibuat;





1) silalah tuan/puan  men'download' borang tuntutan tesis di laman web MyBrain15 dan pilih option Muat Turun. Kat laman tu nanti, ade la senarai byk borang, so download 'Borang Bantuan Tesis'



2) isi semua ruangan then, kalau ade sape2 kehilangan no.rujukan surat myMaster dulu tu, jangan risau, kat lmn web yang sama, ko just log in and dalam tu ade salinan KPM version pdf bagi surat tawaran itu. hehe..nasibla ade, kalau tak jenuh nak cari surat tu sebab aku ni dah byk kali pindah rumah, so brg2 pun blum tersusun dengan kemas dan teratur, huaa.. 




3) kalau master di UKM, depa bagi sijil master je, transkrip tak bagi untuk research, kalau nak pun, boleh request dengan pengurusan siswazah UKM, ada borang nak kena isi la., tapi hari tu aku hantar je sijil master tanpa transkrip dan pegawai vetting tu mcm maklum je bagi master by fully research so memadai dengan sijil itu je. nasib la baik. 





4) List yang kena dilampirkan dengan borang tersebut;

- Salinan sijil master/transkrip yang telah disahkan
- Salinan muka depan buku akaun bank (yg ni pun aku sahkan jugak)
- Bukti pembayaran pendaftaran tesis (yg ni aku bagi salinan emel penyata penbayaran bagi pendaftaran tesis daripada bendahari UKM, tapi pegawai tu terima je) -
- salinan tesis hardcover (yg ni uols masa jilid hardcover, kena buat satu buku untuk dihantar kepada KPM ok-ini paling penting, bukti bagi segala-galanya.hehe)

-resit-resit masa buat tesis tak perlu. dia siap pulangkan balik means tak perlu la itu. 



Pembayaran tuntuan akan diproses dalam masa 3 bulan, bergantung kepada baki semasa yang ada bagi peruntukan biasiswa kite ye.Harap-harap dipermudahkan la proses untuk dpt RM3000 tu, sekarang semua perkara perlu duit. kira kalau dpt ni alhamdulilah, rezeki, hihu, 


UPDATE:

Pegawai myBrain15 call mintak saya forwardkan sekali transkrip master,  dalam minggu ke-4 bulan Oktober 2015 saya sent transkrip ke kementerian pendidikan, dokumen semua dah complete, alhamdulilah 16 November 2015, dorang dah masukkan claim RM3000 dlm account. hihi. rezeki, alhamdulilahhhh.. dpt la tampung perbelanjaan gaji yg lambat bln ni. =)
 










Thursday, May 14, 2015

Tangguh kadet PTD sesi 2015

Previous previous previous entry (Temuduga PTD) saya ada tulis mengenai lulus temuduga PTD, surat tawaran rasmi untuk sertai kadet pun dah dapat, cuma kerana saya tengah pregnant so, saya buat keputusan untuk tangguh la.. inshaAllah kalu rezeki ada join tahun depan punye kadet..

Surat tangguh dengan dokumen-dokumen seperti surat doktor semua dah dihantar, cuma till now, tak dapat lagi surat kelulusan tangguh, hurm...  kadet akan bermula 24 Mei ini, good luck and selamat berjuang semua bakal-bakal PTD, mmg tough la bila da habis kadet nanti, hehe.


Sekarang pun tgh usahakan untuk dapatkan pertukaran tempat berkhidmat, sebab sekarang sy bertugas as N41 Kontrak, which kontrak tamat this end of june, and yg mana surat lanjut pun tak dapat lagi so banyak benda yang wondering wondering... kalau dapat tempat tukar tapi dah tamat tempoh buat ape..


tapi dgr2 dari PT N41 yang lain, kontrak akan berlanjutan secara automatik sampai bulan 12/2015 ni.. and after that akan lanjut by 6 months, bukan 1 tahun daa.. tapi officialnya hitam putih xdpt lagi, susah la gni, asyik cakap verbal je.. hurmph...


harap2 penangguhan n penukaran, boths berjalan dengan baik. Dah sarat ni, tak larat la nak duduk sorang2 jauh dgn suami n famili. Mudahan-mudahan hujung bulan ni dpt keputusan..  Amin..


MyPrecious Baby H-Trimester ketiga kehamilan


Hari isnin (11 Mei 2015) genapla umur si bulat dalam perut ni 7 bulannn.. ah sekelip mate je dah 7 bulan.. semakin bertambah bulan semakin semput put put…

Selera still so so sahaja tetapi berat naik sebab makanan ade je makan... tak boleh kalau tak mengunyah.. rase loya pun kdg-kdg ade tetapi masih boleh tahan dengan makan.. kalau tak makan, loya aa.. haha

Lagi-lagi masa gosok gigi pagi pagi.. waduh.. mmg rs nak muntah aje..


Masa checkup 29 minggu, nurse terkejut lagi, berat badan baik 4kg.. last checkup is 66.5kg, now.. 70.5kg.. dan jumlah kenaikan dari mula buke buku adalah 11kg.. nurse cakap, pertambahan berat yang dibenarkan semasa preggy is 12kg, haha.. nurse siap tanya lagi, haa.. ca ne dapat ke maintain berat sampai bersalin nanti.. hurm.. susah tu.. haha.. saya hanya dpt maintain untuk 1 minggu je.. next minggu naik lagi.. nak jaga makan, tetapi sekarang sebab stress pk berat naik menyebabkan saya makin laparrrr.. acane??? Haha.. sangat not happy, then pada 22hb may ni saya kena la minum air gula lagi…. First minum masa 5 bulan kandungan, awal kan.. sebab mase tu pun berat naik 5kg sebulan, but alhamdulilah keputusan gula okay je.. sebab that weeks saya baru lepas balik kpg Sarawak tercinta so mmg melepas geram makan masakan ibu tersayang, baby pun suka. Hihi.

Okay, tak mo pk pasal berat badan, stress tauu.. hiuhiu.. kalau stress nanti baby tak mo aktif gerak, haaa.. so kite rileks je, as long as makan makanan yg sihat, amalkan makanan Sunnah, inshaaAllah.. ape yg saya amalkan so far, saya makan ubat zincofer, satu-satunya pil yg saya telan sepanjg sy mengandung, then susu kambing wildan (baru bulan ni nak cube), then kurma dan air delima. Ah satu lagi yg nak diamalkan sebab org kate elok utk bersihkan kulit mulit baby, air kelapa. Tetapi, lumrah hidup kat bandar, payah nak dpt kelapa pure syg, yg de byk air gulaaaaa… kat kpg, sebiji kelapa muda dpt rm2.50, bila sampai bangi, usha harga RM4.00 sebijikkk.. kat kedai RM5.50 segelas.

Dengan bajet skrg memikirkan nak beli brg baby lagi, so kena la berjimat dan pantau harga sebelum membeli. 


BARANG BABY DAN BERSALIN

Bercakap mengenai barang baby, hehe.. nurse dah suh beli brg kelengkapan bersalin which satu pun tak beli lagi, untuk baby sudahhh.. pampers, baju, rompers, tilam, kain bedung, bekung.. beli masa ekspo mama baby.. berbaloi beli masa tu, murahhhh.. marilah bawak perut sama-sama ye g mana-mana ekspo baby, hihi.

SCAN 3D/4D

Masa 26 weeks, pergi scan 3D/4D kat Klinik As Salam Seksyen 7 Bangi, hihi. Kena buat appointment dulu ni.. kos RM120 dapat gambar sekeping dan CD. Masa buat tu sonografer perempuan, Miss Celyn, cakap melayu pelat cina, hehe.. tapi fun laaaa.. pandai dia borak dengan baby ye, haha..

mula-mula scan tu, nampak r baby sedang bersenang lenag hisap jari.. xmo tunjuk muke ye.. hee..lepas tu Miss Celyn suh mengiring ke kiri sikit, tu diaaaaaa.. teruih terlepas jari jemari tu, nampak la mukaaaaaa baby yg bulat n gebu. hihi. Mcm muka sape?? tak tau lagi daa.. hihi. Tapi miss celyn kate hidung mancung, haha.. lepas tu jari pjg (ouch mcm mama nye ke) hehe..

Yg paling best, baby ni sukeee selfie, haha. byk jugak angle dapat muke yang bulat tu. Yg lagiiii best, baby faham bila miss celyn ckp 'senyum la baby senyum la'.. sekali haaaaaa.. baby senyummm.. hikhik. awak faham ye walaupun auntie tu ckp melayu pelat cina, haha..

Jantina?? haha, mmg sedia maklum dari masa 5 bulan lagi.. mmg sengaja la bagi mama n abah tengokn ye, hee..

awak comel la syg. haha..



PERGERAKAN BABY

Dan mengenai pergerakan baby, dah lama nak citer tapi asyik tak de masa.. walaupun perut saya ni doctor kate jenis kulit nipis, sebab tu perut kecik, tetapi saya lambat detect pergerakan baby, sebab anak first kan org ckp.. baby mmg sentiasa bgerak, sama ada kite rase atau tidak.
Saya mula rase tendangan baby masa 20 minggu.. tu pun segan-segan pucuk semalu.. kadang-kadang ada kadang tidak, bila dah rase..haha.. geli aa.. seronok, hihi. Tetiba tersenyum, gelak sorang2.. tapi bila tak rase tendangan tu dalam 1 hari, rase risau sgt.. risau smpai xde mood.. huhu..


Nurse kate kalau kite penat ke stress ke mmg baby tak gerak.. dan kalau kite x makan makanan yang cukup nutrient, zat pun baby akan jadi tak aktif.. dok baring ngisap jari je..haha (yg ni betul)..  Contoh terdekat, saye la.. huahua.. mase tu mmg saya bimbang berat naik, punyelah memilih nak makan pe..mkn biskut, oat je.. and baby tak gerak.. mmg tak gerak, saya buat kerja pun tak focus, balik kerja terus g scan.. bile scan.. alhamdulilah degup jantung semua ok, cuma baby gebu bulat ni tengah meronggeng2 hisap jari daaaaa.. doctor kacau2 pun tak mo lepas jari..  then doctor tanya awak makan tak ni, huhu. Aduhai, bila dgr doctor ckp mcm tu, rase bersalah sgt.. rs mcm pentingkan diri je sebab tak jaga makan dengan betul, baby bulat jadi tak aktif mcm tu.. huhu.. lepas tu, mmg selera makan up balik, sehinggalah next checkup ni.. kena tegur nurse lagi.. huaa.. member kata, ko wat dunno je.. keringkan hati tu.. jgn fikir mendalam sgt.. gitu..


Sekarang, dah masuk 7 bulan, pergerakan baby semakin kuat dirase.. bila baby berpusing tu, mmg rase la dekat perut ni.. gelii..haha.. bak kate nurse rase beralun..  means baby tgh berpusing.. kadang2 ade jugak baby ketuk2 dr dalam perut ni, haha.. tendangan tu kadang2 je.. sekali tendangan tu, mmg terasa bak hang, terkedu kejap.. aku pulak over suke buat bunyi.. argh.. erk.. ala-ala terkejut, haha. Tp baby baik, depan org ramai xtendang gtu, beralun2, main ketuk2 pintu mai masuk je.. bila mama sorang2 je baby gediks ye.. hihi..  yg pasti malam baby aktif.. hihu. Tapi depends la.. sometimes, kalau siang tu kite rase byk sgt gerak, non stop, malam mmg baby dah slow down..  if not, vice versa.. hehe..cuma, bila dah masuk 7 bulan ni.. cepat rs penat, lesu.. semput.. huhu.. well normal la kan..kena bertabah je lah.. 



Okay lah.. cukup setakat banyak ini sahajaaaa.. hihi. Memori precious kena tulis.. jadi rujukan ingatan masa hadapan. Hihi..

Take care!