Nufnang Me

Friday, February 4, 2011

Isu Semasa 'Punca Pergolakan Di Mesir - Hosni Mubarak'

Isu semasa baru-baru ni mengenai pergolakan, rusuhan dan protes secara besar-besaran oleh semua rakyat Mesir. Puncanya pasal pemerintahan Presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun dan kemudian dia nak turunkan takhta pada anak dia pulak..huuuu.. penduduk2 yang berhimpun di serata Mesir kebanyakannya daripada golongan pelajar, doktor dan penganggur. Everyday ler buat tunjuk perasaan bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.. kalau la berlaku kat Malaysia mcm ni, mcm mana la agaknya ek.. huhu..

Daripada sumber-sumber lain, sepanjang 30 tahun pemerintahan Mubarak ni, mcm-mcm isu yg timbul, yg menyebabkan rakyat tertindas dan akhirnya merusuh , antaranya disebabkan oleh beberapa isu yang melibatkan isu undang-undang, hak milik awam dan juga isu politik. Contohnya isu kekejaman polis, sekatan terhadap kebebasan bersuara, even Twitter pun disekat kat Mesir, semata-mata xnak any perkongsian pendapat, pendedahan isu oleh rakyat ke negara luar. Pastu Mubarak ni terlibat jugak dengan rasuah dalam pemerintahan dan juga penipuan dalam pilihanraya. Patutla selama 30 tahun asyik menang je.. 

Selain itu isu seperti pengangguran yang tinggi, isu gaji yang rendah serta kenaikan harga makanan pun ada jugak dibangkitkan.

Pasal isteri dia yang mata duitan, materialistic tu pulak, Suzanne,dan anaknya, Gamal yang dikatakan akan menggantikan takhta Hosni ni nanti (sebenarnya satu keluarga pun mata duitan, heh) awal2 dah larikan diri ke London untuk dapatkan perlindungan politik.. siap bawak harta-harta dorang p sana, huhu..memang rusuhan ni tak menimbulkan kesedaran langsung dalam diri dorang.. hidup senang lenang, rakyat pulak menderita..mmg tak patut.. kalau aku la rakyat Mesir, agak-agak aku turut serta tak ek perhimpunan ni??? eheh.. xde maknenye.. pengecut mcm aku ini nak pegi.. kot.. huhu..aku tak sukakan keganasan n cara yg drastik mcm ni..

Semoga rakyat Mesir semua selamat dan Berjaya dalam REVOLUSI mendapatkan sistem pentadbiran berlandaskan Islam yang baru yang lebih adil dan saksama.. Amin..

2 comments:

Anonymous said...

kaler tulisan tukar skit..bg gelap skit..xnmpk nk baca..isu ni dh mnarik dh ni.. hehe..

Miss Grey said...

hehe.. sori2.. didnt realized actually.. =)